Langkau ke kandungan utama

MISTERI HOTEL BERHANTU DI PORT DICKSON

Abandoned spooky hotel at the night - horror movie scene — Stock ...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan-rakan bloggers sekalian.

Kisah yang aku nak kongsikan harini adalah tentang pengalaman aku yang terjadi di sebuah hotel yang agak menyeramkan di PD ketika aku dan family menghadiri family day tempat kerja ayah aku. Kami tiba di PD agak awal iaitu jam 11 pagi, oleh kerana rakan pejabat ayah aku yang lain belum sampai so kitorang tak boleh ambik kunci bilik lagi, so kitorang buat keputusan untuk bersiar-siar sekitar PD. Ketika tibanya di hotel sekitar jam pukul 1 petang, hotel ni taklah nampak seram sangat tapi apa yang peliknya adalah tak ramai penggunjung di hotel tu padahal ketika itu waktu cuti sekolah, memandangkan waktu tu aku masih kecil so aku pikir sebab company ayah aku dah booking hotel tu so memang takdw orang boleh datang. Petang tu kitorang enjoy dengan aktiviti family day yang dianjurkan.

Kejadian ini berlaku ketika dinner, seperti biasa kalau ada majlis dinner company pasti akan ada event-event yang di adakan antaranya ketibaan pengarah cawangan, ucapan dan acara-acara lain. Kisah seram aku bermula ketika ada acara tarian di atas pentas di iringi dengan musik gamelan tradisional, aku memang perasan ada yang tak kena dengan penari tersebut sebab ada 7 perempuan sedang menari semua penari itu muda tapi ada seorang penari tua dengan riak wajah yang menyeramkan tapi aku tak tegur lah sebab aku tengah syok makan, sehinggalah ada anak meja sebelah family aku tegur dia tanye kepada ibu dia " ibu hebatlah nenek tu menari" waktu tu aku tahu bukan aku sorang jer yang nampak.
So aku jadi lega sebab aku tahu bukan aku sorang jer yang nampak, tapi ia bertukar jadi seram selepas aku dengar mak dia cakap " mana ada nenek sayang, semua kakak jer kat situ". Selepas aku dengar macam tu aku mula rasa seram dan aku dapat lihat di pentas pengacara majlis perempuan turun menari di atas pentas, manakala si pengacara lelaki itu pula cuba menarik perempuan tadi turun dari pentas tapi perempuan tu tidak mahu berganjak. Apabila perempuan tadi sudah berjaya di bawa turun dari pentas dan tarian itu pon terpaksa diberhentikan nenek tua tadi tidak lagi kelihatan.

Selepas itu, kitorang ingat gimik jer semua ni tapi perempuan tadi jatuh pengsan apabila di kejutkan dia terus menjerit seperti terkena histeria, ahli keluarga lain di arahkan untuk masuk kedalam bilik masing-masing jadinya aku tak dapat lihat apa yang berlaku tetapi aku dapat dengar ketika berada di luar hall tu suara perempuan menjerit-jerit. Pada keesokkan harinya kitorang kena pulang atas arahan pengaarah cawangan sepatutnya kitorang berada disitu selama 3 hari 2 malam. Sebab waktu tu aku masih kecil jadi aku tak tahu lah apa yang berlaku sehinggalah aku meningkat dewasa aku pergi ke PD bersama rakan-rakan aku dan aku kelihatan hotel yang pernah aku pergi masih beroperasi tapi hotel itu masih tidak ramai penggunjung. Memang dapat lihat suasana hotel itu agal menyeramkan dan aku google hotel-hotel berhantu di PD dan apa yang aku jumpe adalah hotel tersebut berada di dalam list hotel yang berhantu di PD.

Sekian sahaja kisah aku pada harini, inshaaAllah esok aku akan kongsi kisah lain. Korang boleh komen kalau korang rasa berminat dengan kisah-kisah aku. Jika korang ingin aku kongsikan kisah seram korang di dalam blog aku korang boleh email aku. Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi membaca.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MISTERI MAKCIK CLEANER DI TANDAS POLITEKNIK MERLIMAU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan-rakan sekalian. Harini aku akan kongsi sedikit kisah misteri aku dengan korang, kisah misteri aku ini berlaku ketika zaman aku belajar di Politeknik Merlimau ketika itu aku masih berada di sem 1. Untuk pengetahuan korang di Politeknik Merlimau ni pelajar sem 1 yang terpilih untuk menetap di kamsis wajib di kamsis selama 1 sem dan jika sem akan datang mahu duduk kamsis perlu membuat pemohonan.  Itulah serba sedikit mengenai Politeknik aku. Politeknik aku mempunyai 6 blok asrama, ketika itu 3 blok lelaki dan 3 blok perempuan, blok perempuan ni berada di kawasan terbuka dan berdekatan dengan surau. Manakala, blok lelaki pula dikawasan belakang poli dan berdekatan dengan kawasan ladang kelapa sawit. Asal tapak Politeknik ni memang kawasan ladang kelapa sawit so aku tak pelik sangatlah kalau kawasan poli ni keras. Pada suatu malam yang tenang dan sejuk, aku dengan roomate aku  lepak di luar bilik sebab dalam bilik agak bahang, aku ...

Pengalaman Seram Di Lebuhraya AMJ!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa yang ingin aku ceritakan adalah kisah seram yang terjadi pada diri aku pada sekitar tahun 2017, pengalaman ini telah berlaku di Melaka atau lebih tepat lagi di lebuhraya AMJ yang menghubungkan jalan dari daerah Merlimau ke bandaraya Melaka. Bagi warga yang menetap di Melaka pasti tahu tentang lebuhraya AMJ tersebut. Pelbagai kisah dan tragedi yang telah terjadi di lebuhraya itu. Antaranya kisah-kisah penampakan dan kemalangan-kemalangan yang meragut nyawa. Kepada sesiapa yang ingin mengunakan lebuhraya tersebut sama ada dari Merlimau atau dari Muar, anda dinasihatkan supaya berhati-hati. Terlebih dahulu biarlah aku perkenalkan diri aku dahulu, aku merupakan seorang pelajar di Politeknik Merlimau, ketika itu aku berada di sem 3, jadual kelas aku full dari hari isnin sehinggalah hari Jumaat tapi hari jumaat tu satu kelas je pagi dari pukul 8-10. Nak dijadikan cerita, minggu tu kelas aku pada hari jumaat tu cancel sebab lecture aku ada kursus, so...