
Apa yang ingin aku ceritakan adalah kisah seram yang terjadi pada diri aku pada sekitar tahun 2017, pengalaman ini telah berlaku di Melaka atau lebih tepat lagi di lebuhraya AMJ yang menghubungkan jalan dari daerah Merlimau ke bandaraya Melaka. Bagi warga yang menetap di Melaka pasti tahu tentang lebuhraya AMJ tersebut. Pelbagai kisah dan tragedi yang telah terjadi di lebuhraya itu. Antaranya kisah-kisah penampakan dan kemalangan-kemalangan yang meragut nyawa. Kepada sesiapa yang ingin mengunakan lebuhraya tersebut sama ada dari Merlimau atau dari Muar, anda dinasihatkan supaya berhati-hati.
Terlebih dahulu biarlah aku perkenalkan diri aku dahulu, aku merupakan seorang pelajar di Politeknik Merlimau, ketika itu aku berada di sem 3, jadual kelas aku full dari hari isnin sehinggalah hari Jumaat tapi hari jumaat tu satu kelas je pagi dari pukul 8-10. Nak dijadikan cerita, minggu tu kelas aku pada hari jumaat tu cancel sebab lecture aku ada kursus, so aku plan nak balik ke kampung aku la pada hari Jumaat tu sebab dah lama tak balik. Oh ya, lupa nak cakap aku ada sorang awek nama dia Hanis, kitorang satu kelas so bila awek aku ni tahu kelas pada hari Jumaat tu cancel dia nak ajak aku keluar pergi bandar, kalau Melaka ni tempat biasa aku pergi Mall Dataran Pahlawan atau orang panggil DP. So aku cakaplah kat awek aku " minggu ni tak boleh la u sebab minggu ni I dah janji dengan mak nak balik kampung". Disebabkan awek aku seorang yang memahami dan aku kesian dengan dia sebab kitorang pon dah lama tak keluar bersama aku ajaklah dia keluar pada petang khamis tu tapi syarat tak boleh balik lebih pukul 11 dan awek aku bersetuju.
Oleh kerana kelas kita habis pukul 5 so lepas buat apa yang patut jam pun dah hampir pukul 7 malam, so aku cakap dekat awek aku kita keluar lepas magrib lah dia tak cakap banyak dia cakap " K!" aku tahu dia marah tu, so lepas magrib aku terus cepat-cepat pergi rumah dia untuk jemput dia. Jam time tu dah dekat pukul 8 kitorang dah masuk lebuhraya AMJ, pada hari biasa lebuhraya AMJ ni nak kata jalan sebuk tak la sebuk sangat tapi tak la menyeramkan walaupun gelap sebab kita nampak di depan belakang ade kereta sebab awal lagi kereta banyak la. Kitorang terus pergi mall tapi bila dah sampai mall tak tahu nak buat apa so kitorang plan tengok wayang pastu makan malam dan balik. Aku ni minat dengan cerita seram ni awek aku pulak biasa biasa je, aku tanya dia " nak tengok cerita ape u, kalau u tak kisah i nak tengok cerita hantu" dia kate dia tak kesah dia ikut je tapi nanti makan kene ikut tempat dia so kita dah setuju. Time tu wayang kalau tak silap aku cerita Indonesia cerita Mata Batin cerita dia tak la seram sangat tapi boleh la buat aku ni merinding gituww. Wayang tu habis pukul 10 lebih so lepas abis wayang mall pon dah tutop so kitorang terus pergi makan, awek aku ajak makan Nasi Lemak Kg Morten aku cakap kat dia" serius la u, kat situ lama nak tunggu nanti pukul berapa i hantar u balik" tapi dia ungkit pasal di teman aku tengok wayang lagipun aku dah janji so pergi jugak lah, 45 minit tunggu baru nasi lemak ayam tu sampai. Selepas itu, dah habis makan dia ajak berjalan tepi sungai tu pulak sebab tempat tu cantik katenya, ok aku pon layankan lah jam memang dah lebih pukol 11 pon dalam 15 minit kitorang kat tepi sungai tu ok aku ajak dia balik kalau tak diajak tu memang tanak balik, aku bukan takut nak keluar malam cuma aku takut bawak anak dara orang balik lewat malam sebab kitorang janji dengan mama dia pukul 11 paling lewat, sekarang ni dah dekat nak pukol 12 malam.
Di sinilah pengalaman seram itu bermula, waktu pergi tadi kereta banyak sekarang time nak balik ni seram sikit sebab jalan gelap kereta pon tak banyak ada pon satu dua jer nampak. Dalam kereta time tu senyap je sebab awek aku tanak bercakap dengan aku dia merajok la kononnya tu, aku ajak dia berborak untuk hilangkan rasa seram dan sunyi tu tp dia still tanak borak dengan aku, aku buat la ayat pasrah " ye lah i menghantuk ni penat bawak u berjalan dari pagi tak rest sebab nak bawak u jalan tapi u tanak cakap dengan i". Lepas dah cakap macam tu baru dia ok sikit, borak punya borak tetiba dia tanye aku " kalau hijab mata u terbukak macam orang kat cerita mata batin tu u nak? hehehe". aku cakap la kat dia " ape la soalan u ni sekarang dah malam kita kt tempat macam ni jangan la tanye soalan bukan bukan" dia pon jawab " eleh takut la tu ingatkan berani sangat hahaha..." aku diam jer sampai kat traffic light aku berhenti aku tengok cermin pandang belakang, apa yang aku nampak ni betol betol buat aku hilang rasa menghantok aku nampak macam ada orang berambut panjang sedang tunduk kebawah rambutnya jatuh tutup muka secara automatik aku terjerit " Allahhuakhbarrr!!" awek aku pun tanye kenapa dengan aku, takkan la aku nak bagi tahu kt dia apa yang aku nampak aku pon terpaksa tipu dia aku cakap " i baru teringat kat rumah i ada basuh baju lupa tutup paip mesti melimpah". Aku pandang cermin tu lagi orang yang aku nampak kat tempat duduk belakang tadi dah hilang, aku terus tolak cermin tu keatas supaya aku tak nampak belakang. Memang aku dah tak nampak tapi aku still meremang aku tengok awek aku pon macam tengah rasa apa yang aku rasa, otak aku tenagh pikir nak buat apa ni kalau dia ikut aku balik satu hal kalau benda tu ikut awek aku balik lagi la hal yang besar. Dah sampai di traffic light simpang masuk Merlimau aku still meremang dan aku dapat idea untuk lepak kat mamak dulu sebab nak pikir macam mana nak bagi benda tu tak ikut balik. Bila sampai kat mamak awek aku pelik dia tanye kenapa singgah mamak pulak ni tadi cakap nak balik, aku terpaksa tipu dia lagi aku cakap aku haus nak minum air dulu nanti baru balik, time dekat mamak tu dari mana tempat aku duduk ni aku boleh lihat kereta aku, apa yang buat aku terkejut lagi sekali adalah time aku pandang kereta aku aku still boleh nampak ade orang di dalam kereta aku.
Sudah 1 jam berlalu, aku temgok awek aku dah menghantuk dia ajak aku balik, aku cakap jap nak abiskan main game lagi sikit, padahal aku tengah google pasal hantu tumpang kereta, aku pandang kereta aku lagi orang yang aku nampak dalam kereta aku tadi dah hilang, so aku pon ajak awek aku balik time nak masuk kereta aku baca bismillah aku tunggu 2-3 minit nak tengok rasa meremang tu ada lagi atau tidak, ok rasa meremang dah hilang aku terus hantar awek aku balik dan aku pesan pada awek aku sebelum masuk rumah cuci kaki, beri salam dan masuk kaki kanan dia tak pelik sebab memang aku selalu pesan kat dia setiap kali balik malam. Alhamdulillah benda tu tak ikut kitorang balik.
Aku nasihatkan kat korang kalau lalu AMJ tu mulut tu cakap pandang-pandang sebab kita tak tahu apa ada di sekeliling kita. Banyak lagi kisah aku sepanjang hidup aku ni.. korang boleh komen kisah korang ketika melalui lebuhraya AMJ ni di ruangan komen. Kalau korang nak aku share kisah seram korang dalam blog aku ni korang boleh email kat aku kisah korang... Assalamualikum.. Terima kasih sudi membaca..
Menarik jalan cerita dia.. Semoga boleh post pelbagai cerita menarik👍👍
BalasPadam