Langkau ke kandungan utama

MISTERI MAKCIK CLEANER DI TANDAS POLITEKNIK MERLIMAU

Seram kot - apa anda buat klau masuk tandas nmpak bende ...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan-rakan sekalian.

Harini aku akan kongsi sedikit kisah misteri aku dengan korang, kisah misteri aku ini berlaku ketika zaman aku belajar di Politeknik Merlimau ketika itu aku masih berada di sem 1. Untuk pengetahuan korang di Politeknik Merlimau ni pelajar sem 1 yang terpilih untuk menetap di kamsis wajib di kamsis selama 1 sem dan jika sem akan datang mahu duduk kamsis perlu membuat pemohonan.  Itulah serba sedikit mengenai Politeknik aku.

Politeknik aku mempunyai 6 blok asrama, ketika itu 3 blok lelaki dan 3 blok perempuan, blok perempuan ni berada di kawasan terbuka dan berdekatan dengan surau. Manakala, blok lelaki pula dikawasan belakang poli dan berdekatan dengan kawasan ladang kelapa sawit. Asal tapak Politeknik ni memang kawasan ladang kelapa sawit so aku tak pelik sangatlah kalau kawasan poli ni keras. Pada suatu malam yang tenang dan sejuk, aku dengan roomate aku  lepak di luar bilik sebab dalam bilik agak bahang, aku tak ingat time tu hari apa yang aku ingat time tu pukul 10 lebih kitorang tengah rancak berborak gelak-gelak tibe-tibe ketua blok (KB) aku tegur, dia cakap duduk luar ni boleh tapi jangan lame-lame, kitorang jadi macam pelik kenapa tak boleh duduk luar lame-lame dan roomate aku pon tanye " kenapa bang nanti warden marah ke", KB aku cakap " eh tak lah, dulu blok laki kat sini semua blok perempuan, lepas dah jadi macam-macam kes pihak poli tukar blok ni kepada blok lelaki" dia cakap jugak  blok yang kitorang duduk ni keras so memang KB kitorang tak galakkan duduk luar lebih dari pukol 12. Aku dengan roomate aku macam nak tak nak jer percaya tapi kitorang layankan jer lah.

OK, now dah masuk kisah misteri aku, kisah ini berlaku dihujung minggu seingat aku hari sabtu, aku duduk sorang time tu sebab roomate aku balik rumah dia di JB aku ok jer la duduk sorang sebab blok laki ni riuh sebab student lakikan so faham-faham jer lah ade yang tak reti tidur, kebiasaannya nak dekat subuh baru senyap sunyi. Tapi pada hari sabtu tu aku macam pelik kenapa blok aku sunyi eh, aku pon macam tak kesah la tak la fikir bukan-bukan lagipon tenang sikit rasa. Selepas aku selesai solat isyak aku wasap roomate aku, aku cakap " malam ni blok dia punya sunyi lain macam la, tenang jer rasa" roomate aku jawab " owh sebab ramai balik kot, minggu depan kan tak boleh balik" aku baru teringat minggu depan kitorang ade program FKK untuk blok, pastu aku keluar bilik untuk pastikan dan ape yang aku nampak adalah banyak bilik-bilik yang gelap, itu bermakna bilik itu kosong tiada orang yang menyala pon kebanyakkannya bilik AJK blok sebab dorang memang tak boleh balik kerana ada beberapa persiapan untuk diselesaikan. Ok, so aku macam seram la sikit waktu tu. Bila aku dah leka bermain game rasa seram tu pon hilang, aku main game sampai bateri fon aku habis. Jam waktu tu pukol 11 nak masuk 12 aku tak tahu nak buat apa, nak tidur tak menghantok lagi aku pon buka laptop layan movie la, tengah best layan movie perut berbunyi baru teringat aku belum makan malam, nak pergi cafe dah tutop pulak so terpaksa lah buat instant mi, aku rasa aku makan samyang kot time tu nak masak samyang tapi air dalam cerek ade sikit jer, aku tengok jam dah pukol 12 lebih nak isi air ni kene gi tandas pulak tapi dah lapar punya pasal lantaklah aku pon keluar bilik memang sunyi giler, angin pulak bertiup sejuk membuat aku rasa seram sejuk... Aku berfikir, betol ke aku nak buat ni aku macam nak masok kedalam bilik semula tapi datang pulak satu rasa tu yang memang paksa aku untuk ke tandas, iaitu rasa nak buang air...

Pada malam tersebut tandas yang dekat aku rasa seperti jauh, bila sampai kat dantas aku berharapan akan ada la student dalam tandas tu jugak hilang la sikit rasa seram aku ni, tapi malangnya tiada seorang pon memang aku sorang jer dalam tandas time tu. Ok la aku tak buang masa aku terus letak cerek atas sink aku pula masuk tandas, kalau ikut aku , aku nak masuk tandas paling dekat tapi sebab tandas first tu berkunci aku kene guna tandas kedua. Time aku dalam tandas aku ade dengar pintu tandas terbuka so aku pon cakap dalam hati " ok la ade orang dalam tandas ni tak la aku sorang jer dalam ni, selepas selesai buat urusan aku dalam tandas aku keluar dan terkejut aku nampak pintu tandas first tadi terbuka dan aku nampak makcik cleaner di dalam tandas tersebut tapi tak nampak muka sebab dia menghadap kedalam aku pon terus gi sink tadah air, sambil aku tadah tu aku tengok makcik tu, makcik tu berdiri tak bergerak lepas lama aku tengok makcik tu di sebalik cermin sampai melempah air aku tadah tadi, bila aku pandang cermin tadi balik makcik tu sedang tutop pintu dia nak pusing aku terus keluar tandas, dalam perjalanan dari tandas nak masok bilik aku rasa meremang so aku percepatkan perjalanan dan masuk bilik kunci pintu. Fikiran aku masih berkecamuk fikir pasal ma\kcik cleaner tadi, mata memang tengah tengok movie tapi otak aku kt tempat lain. Bila aku dah dapat jawapan yang logik ni terus buat aku rasa seram dan nak masuk tidur. Korang tahu ape yang aku pikir? Aku pikir hari sabtu mane ada cleaner bekerja lagi pon waktu tu dah nak pukol 1 pagi takkan la cleaner tu buat OT. aku terus batalkan niat aku nak makan samyang terus masuk tidur.

Kisah aku memang tak seram ia lebih kepada misteri tapi kalau korang kat tempat aku memang seram.
Itu lah serba sedikit kisah misteri aku inshaaAllah banyak lagi cerita seram dan misteri akan aku cerita di blog aku. Korang boleh komen ape yang korang nak dan korang boleh share cerita korang kat aku kalau korang nak aku kongsikan dengan orang lain, sekian, Terima kasih kerana sudi membaca kisah aku. Assalamualaikum....





















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MISTERI HOTEL BERHANTU DI PORT DICKSON

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan-rakan bloggers sekalian. Kisah yang aku nak kongsikan harini adalah tentang pengalaman aku yang terjadi di sebuah hotel yang agak menyeramkan di PD ketika aku dan family menghadiri family day tempat kerja ayah aku. Kami tiba di PD agak awal iaitu jam 11 pagi, oleh kerana rakan pejabat ayah aku yang lain belum sampai so kitorang tak boleh ambik kunci bilik lagi, so kitorang buat keputusan untuk bersiar-siar sekitar PD. Ketika tibanya di hotel sekitar jam pukul 1 petang, hotel ni taklah nampak seram sangat tapi apa yang peliknya adalah tak ramai penggunjung di hotel tu padahal ketika itu waktu cuti sekolah, memandangkan waktu tu aku masih kecil so aku pikir sebab company ayah aku dah booking hotel tu so memang takdw orang boleh datang. Petang tu kitorang enjoy dengan aktiviti family day yang dianjurkan. Kejadian ini berlaku ketika dinner, seperti biasa kalau ada majlis dinner company pasti akan ada event-event yang di adakan antaranya ke...

Pengalaman Seram Di Lebuhraya AMJ!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa yang ingin aku ceritakan adalah kisah seram yang terjadi pada diri aku pada sekitar tahun 2017, pengalaman ini telah berlaku di Melaka atau lebih tepat lagi di lebuhraya AMJ yang menghubungkan jalan dari daerah Merlimau ke bandaraya Melaka. Bagi warga yang menetap di Melaka pasti tahu tentang lebuhraya AMJ tersebut. Pelbagai kisah dan tragedi yang telah terjadi di lebuhraya itu. Antaranya kisah-kisah penampakan dan kemalangan-kemalangan yang meragut nyawa. Kepada sesiapa yang ingin mengunakan lebuhraya tersebut sama ada dari Merlimau atau dari Muar, anda dinasihatkan supaya berhati-hati. Terlebih dahulu biarlah aku perkenalkan diri aku dahulu, aku merupakan seorang pelajar di Politeknik Merlimau, ketika itu aku berada di sem 3, jadual kelas aku full dari hari isnin sehinggalah hari Jumaat tapi hari jumaat tu satu kelas je pagi dari pukul 8-10. Nak dijadikan cerita, minggu tu kelas aku pada hari jumaat tu cancel sebab lecture aku ada kursus, so...